Pages

Saturday, January 26, 2013

Getting Things Done


Salam sejahtera, dah lame betul saya tak update blog ni. Saya selalu tengok blog orang lain tapi blog sendiri diabaikan. Saya sekarang cube untuk menghidupkan blog saya ni. Niat saya update tentang ulasan buku cume sekadar ingin berkongsi isi dalam buku tersebut. Bukan nak katakan yang saya ni, ulat buku tetapi tak tahu lah sejak semenjak ni saya mula minat membaca. Sampaikan tak sempat nak habiskan baca buku tu dah beli buku lain pulak. Tapi tak ape lah, buku ni berguna dan boleh jadikan sebagai aset kita. Dan sebagai rekod saya sendiri, dalam masa setahun berapa banyak buku atau majalah yang dah habis baca.

Baiklah, untuk entri ulusan buku yang pertama. Saya nak kongsi tentang buku yang bertajuk "Secret Getting Things Done" yang ditulis oleh Rus Slater. Untuk pengetahuan semua, saya dah lama jugak beli buku ni iaitu pada 31.03.2012. Tapi baru hari ni (26.01.2013) saya habis baca. Hehe...


Buku ni saya minat nak beli dan baca untuk panduan saya mengurus kerja dengan lebih teratur dan lebih efficient. Buku ni harganya RM 29.90 dan dihasilkan di United Kingdom. Saya suke baca buku ni sebab dia nipis dan ringan dengan jumlah mukasuratnya 128. Ok, dah cover tentang fizikal buku ni. Jadi dari segi isinya, buku ni sangat teratur dan mudah dipraktikkan terutama bagi sesiapa yang tercari-cari cara untuk selesaikan kerja yang banyak dalam waktu yang singkat. Bukan saja isi kandungan yang tersusun tapi juga diselitkan "words of wisdom" dan "one minute wonder" untuk memberikan rangsangan kepada kita. Untuk one minute wonder yang paling saya suke adalah "Before you start on any task, make sure you know the What, Where, When and How of the job you are about to undertake. If you don't, you will quiet possibly end up wasting all time you spend".


Lagi satu "word of wisdom" yang saya suke ialah "Organizing is what you do before you do something, so that when you do it, it's not all mixed up" by A.A. Milne, English author of 'Winnie-the-pooh'.

Since pada mulanya, kerja-kerja saya kurang terurus oleh kerana pengalaman kerja yang sikit dan kurang kemahiran pengurusan. Lepas baca dan praktikkan tip-tip dalam buku ni, kerja-kerja saya lebih teratur dan dapat diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan. Buku ni banyak membantu saya dan berharap sesiapa yang berminat nak baca buku ni boleh dapatkan di kedai buku Popular atau kedai buku lain. Bila habis baca tu boleh sama-sama kita kongsi ilmu dan pengalaman membaca.

Sekian, enjoy reading.

No comments:

Post a Comment