Pages

Monday, October 17, 2011

Kek Mentega Sultana



Salam sejahtera semua,


Hari ni saya nak kongsi resipi kek mentega. Sebenarnye kek ni tak berapa nak menjadi dari segi tekstur kek yang padat. Menurut pakar-pakar kek kat office tu mungkin kurang pukul sampai kembang masa mengadunkan mentega dan gula. Mana tak nye masa mengadun kek sambil tengok cerita Tahajud Cinta @ TV3 pukul 9 malam tu. Dengan penuh emosi mengadun kek tu lah jadik nye...hehe

Tapi nasib baik menjadi jugak lah. Rasenye tak lari...manisnya boleh tahan. Cume kurang kembang je.

Sunday, October 2, 2011

SEMESTER BARU, SEMANGAT PUN BARU



Assalamualaikum & salam sejahtera semua,


Hari ni sy nak share sedikit pengalaman belajar secara jarak jauh di OUM Shah Alam. Pada hari sabtu (01/10/2011) bermulalah kelas/tutorial yang pertama. Sepatutnye ade 3 kelas tapi satu kelas tu dibatalkan. Subjek yang paling sy cuak & meremang tengkok. Dengar nama pun dah gerun "ALGEBRA & FUNCTION". Kalo dulu ambik matematik x de lah belajar sedalam macam kene ambik subjek khusus macam nie. Ya Allah kuatkan lah iman ku....


Pakar motivasi pernah menyatakan "where's there a will, there's a way" atau dalam bahasa melayu hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Jadik sy nak dapat keputusan periksa yang cemerlang jadi kenelah belajar untuk jadik tabah dan belajar bersungguh-sungguh.


"Study hard & study smart"


Okey sampai sini dulu.



Sekian, terima kasih.

Monday, September 26, 2011

Mari Bersenam


Assalamualaikum,


Wah dah lame betul saya x update blog nie.. Nasib baik tak di 'block'. Anyway, saya nak mengajak kawan-kawan semua untuk memulakan gaya hidup sihat. Bagi yang dah 'Pro' dalam bersenam ni, saya tabik. Keep up the good work.

Bagi yang duduk dekat klang nie, Jom sama-sama kite bersenam. Destinasi kat Taman Rakyat, Andalas je. Atau kalau ade tempat lagi best boleh dipertimbangkan. Asalkan tak makan masa sejam nak pergi & balik, nanti bersenam entah ke mana berjalan je lebih...hehe.


Gambar dengan teman bersenam Sorfina @ Taman Rakyat, Andalas, Klang.

Okey lah sekian dulu dari saya.

Bye, jumpa lagi di posting yang seterusnya.

Sunday, April 17, 2011

Bercuti ke Pulau Langkawi versi 1 (12~14.04.2011)

Hari Pertama (12.04.2011)




Assalamualaikum semua, dah lame tak tulis kat blog nie. Hari nie saje nak share cerita saya bercuti ke pulau Langkawi pada 12~14.04.2011 hari tu. Walaupun masa sangat singkat tapi kami dapat membahagikan masa dengan cermat. Yelah bayangkan sehari je kat pulau tu mane puas nak ronda tapi ape nak buat dah takdir.

Gambar sebelah ni waktu "on the way" pergi ke LCCT. Tibe-tibe hujan lebat pulak. Dalam hati, kecut jugak. Risau kat langkawi cuaca pun sama buruk tapi Alhamdulillah cuaca sana cerah je. Secerah mood saya hari nie... Mood going to vacation lah katakan.

Lepas check in sempat lagi snap photo kat depan kaunter. Kami pergi bertiga.

Me, my mom & kak Amar (my office mate).




Bukan saya je yang excited, mak saya pun excited nak naik plane. Lepas masuk entrance check baggage tu, kami masuk ke ruang menunggu depan pintu gate kapal terbang. Tunggu hampir sejam jugak lah. Flight pukul 9.15pm sampai langkawi pukul 10.15pm. Sampai je kat Airport Langkawi kami disambut agen-agen kereta sewa kat depan kaunter baggage. Sebelum tu, saya dah buat tempahan awal dengan salah satu agen kat situ untuk jimat masa dan wang bila sampai nanti.

Kami menyewa kereta (Perodua Viva Auto) tanpa power steering. Susah giler masa nak buat pusingan U, masuk simpang jalan & Parking. Next time we'll rent only car's with power steering. Lepas tu kami terus ke tempat penginapan (Desa Motel) di Pantai Cenang. Semasa kami lalu di pekan pantai cenang suasana masih meriah walaupun jam dah menunjukkan pukul 11 malam. Lepas check in bilik dan solat, perut pun diisi waktu dah pukul 12 tengah malam tapi masih ramai yang lepak. Depan motel ade warung makan dan kedai runcit. Senang kalau nak beli barang dan makan tengah malam. Suasana macam masih pukul 9 malam. End of day one....

Hari Kedua (13.04.2011)



Selamat pagi semua. Sebelum berangkat ambik gambar dulu kat depan motel yang siap ade taman kecik. Kemas je.

Kami duduk kat bujet motel. Bagi saya motel ni cukup selesa. Sterika dan sejadah kene mintak kat owner. Tv cuma ade channel TV3 je tapi ok lah buat pengunjung yang kerap tak ade kat bilik.

Bagi sesiapa yang inginkan kesederhanaan dan terikat dengan bujet. Motel ni sesuai dengan anda. Boleh duduk sebilik 3 orang. Kalau yang bawak family pun boleh. Berminat sila contact en.yusuf.




First trip ke dataran Lang di Pekan Kuah. Jarak perjalanan hampir setengah jam. Tapi sebelum tu pit stop kat stesen minyak Petronas. By the way, kat langkawi ade stesen minyak yang tak pernah dilihat kat selangor. Tapi tak pasti nama stesen minyak tu...sory dah lupa. Simbol kuda, warna tema oren & kuning kalau ade sape-sape yang recognise bagitau lah yea. Tak terfikir pulak nak ambik gambar.



Kalau pergi langkawi mesti pergi ke mercu tanda pulau lagenda iaitu Dataran Lang. Sampai je kat Dataran Lang ni,saya terus tangkap gambar. Cuaca sungguh indah sekali. Cerah je...hummm













Perut pun belum diisi jadi kami singgah makan di Jetty Langkawi yang letak berdekatan dengan Dataran Lang.


Kami makan nasi lemak yang cukup ringkas tanpa ikan bilis goreng, kacang goreng & timun. Rase janggal sungguh kalau tak ade 3 bahan asas ni. nasib baik ade telur rebus & sambal.






Lepas sarapan, singgah ke salah satu kedai minyak gamat iaitu Nusantara Maju.Kat situ ade jual pelbagai ubat-ubatan berasaskan gamat.
Dari minyak gamat, minyak angin gamat, balm gamat, air gamat, jeli gamat sehingga ke kopi gamat tongkat ali dan teh mahkota dewa yang jarang sekali dijumpai di kawasan lembah klang. Akar tongkat ali dan buluh tumpat pun ade dijual kat situ.

Lepas membeli-belah kat kedai gamat,kami pergi ke Beras Terbakar. Kat sana ade banyak kedai yang menjual cenderahati, kain batik,pakaian,tudung, t-shirt, kemeja, tudung dan macam-macam lagi. Rambang mata dibuatnya. Tip sebelum nak beli survey dulu kedai lain. Harga boleh ditawar menawar.Lepas shopping kat beras terbakar, hari pun dah tengahari. Kak amar ajak singgah ke pantai kok sekejap nak tengok kapal layar yang berlabuh. Berhenti kat stesen Petronas je. Memang cantik pemandangan kat tepi pantai tu. Kalau saya berduit mesti dah sewa kapal kat situ..hehe...

Sebelum nak ke cable car, kene masuk oriental village. Landskapnya sungguh cantik dan kemas.












Gambar-gambar sewaktu dan sebelum naik cable car yang menggerunkan.








Pemandangan di atas gunung mat chincang. Bukti kebesaran Illahi. Thank You Allah.










Shopping beli coklat kat wisma Haji Ismail dan shopping kat Idaman Suri tu beli pressure cooker (kakak ipar kirim last minit). Susah nak carik idaman suri nie sampai sesat lah, ade accident kecik lah. Fuh satu peristiwa yang tak mungkin dapat dilupakan. The moral is "If want to order please mention earlier before flight ok. Remind to my family & freinds." Pusing-pusing nasib baik jumpe gak. Makan malam di restoren wan thai. Penuh selera makan sebab tenghari tadi tak makan. Order ikan siakap masak 3 rasa, tom yam yang best dan sayur tumis tapi tak pasti gune sayur ape bantai makan je. Banyak meja yang dah ditempah untuk pengunjung-pengunjung dari negara Thailand. So kami terpaksa bukak meja kat luar. Kebanyakan staff restauren tu pun kene tau bahasa Thai. Yelah senang nak berkomunikasi dengan pengunjung. Overall makanan & service dia memuaskan. Lepas jalan-jalan kat pekan Kuah kami balik ke motel. Letih berjalan seharian esoknya dah nak balik ke KL. Tapi malam tu saya dan kak amar sempat jalan-jalan kat Pantai Cenang sambil buat last minit shopping ade kedai bebas cukai tu bukak sampai pukul 12 malam. Saya beli lagi coklat takut tak cukup untuk family & friends. Restoren & warung bukak sampai pukul 2 pagi. Kami makan supper dengan burger pantai cenang. Then Zzzzz....


Hari Ketiga (14.04.2011)Flight balik ke KL pukul 8.30 pagi, jadi lepas subuh kami bangun dan bersiap. Tidur cume 4 jam. Sebelum pergi ke airport sempat singgah ke Pantai tengah. Terserlah keindahan alam ciptaan Allah. SubhanaAllah...

Okey that's all for now...i'll hope so to see u again Langkawi! Adios esoknye dah masuk office balik. For my followers "Thanks for watching & reading my blog". Hope to see u again in my next trip. Oversea or Local?

 

Sunday, January 23, 2011

Drama Ayoub


Assalammualaikum,


Dah lame saya tak tulis dalam blog ni. Dah bersarang labah-labah dah rasenye...hehe. Anyway hari ni saya nak cerita pasal Drama Bersiri slot Samarinda (Ayoub) yang disiarkan kat TV3.Drama ni baru je habis minggu lepas (20.01.2011) saya tak miss kan peluang nak tengok last episod dia yang begitu menyentuh jiwa dan memberi keinsafan. Ianya lebih kepada mengingati kisah Nabi Ayoub yang mempunyai kesabaran yang cukup tinggi. Bagi yang mengikuti drama ni Alhamdulillah sebab drama ni banyak sampaikan mesej-mesej yang berguna. Tapi kalau yang belum atau ade termiss beberapa episod tu boleh lah tengok kat http://www.tonton.com/ hehe siap promote laman web dia.


Drama ni mengisahkan seorang lelaki bernama Ayoub. Dia telah melalui satu roda kehidupan yang cukup mencabar. Tapi dia berjaya harungi semua tu dengan kesabaran dan keimanan yang kuat walaupun dia pernah dihasut oleh godaan syaitan dan manusia. Allah menguji keimanan dan kesabarannya dengan ujian yang cukup besar. Saya teringat sebuah hadis menyebut bahawa "Allah tidak akan menguji seorang hamba melainkan dengan ujian yang mampu dipikul". SubhanaAllah...ianya menunjukkan setahap mana kasih sayang kita kepadaNya.


Berbalik kepada drama Ayoub, saya ucapkan syabas dan terima kasih kepada kesemua krew dan pelakon kerana menghasilkan sebuah drama yang begitu bermakna. Dan banyak beri pengajaran kepada masyarakat. Drama ni membuatkan saya tertarik untuk mengetahui kisah-kisah nabi yang lain. Akhir kata, semoga para pencinta dan penghasil drama atau filem tempatan dapat menghasilkan lebih banyak karya yang berunsur kerohanian. Wassalam.
"Sedekah dengan ikhlas itu salah satu cara menyuci jiwa dan harta kita"