Pages

Saturday, February 16, 2013

Jalan-jalan ke Teluk Batik,Perak

Salam sejahtera semua, hari ni saya nak kongsi cerita waktu saya bercuti ke Teluk Batik dengan kakak, adik dan anak buah pada 9 hingga 11.Februari.2013 waktu cuti Tahun Baru Cina hari tu. Saya bersyukur kerana sepanjang perjalanan dan percutian tak ade perkara buruk yang berlaku. Alhamdulillah.
Saya tinggal di Shah Alam, bertolak dari shah alam pukul 10.30 malam sampai ke Parit, Perak pukul 2.30 pagi. Bermalam sekejap kat Parit,Perak rumah mak mertua kakak saya. Kami bertolak malam sebab untuk elak dari kesesakan lalu lintas. Perjalanan berjalan lancar, tak ade jem jadi kakak saya pecut laju. Saya yang terkontang kanting mengejar dia. Tambah lagi saya tak pernah drive sampai ke perak.Takut tertinggal nanti.

Tuesday, January 29, 2013

Padanya Ada Hikmah

Salam sejahtera semua, untuk entri kali ni saya nak kongsi tentang buku yang baru saya habis baca yang sedikit sebanyak memberikan motivasi kepada pembacanya. Buku ni ditulis oleh saudara Bahruddin Bekri melalui pengalaman Profesor Dr.Muhaya. Bagi yang belum kenal siapa Prof. Dr. Muhaya sebelum ini, beliau merupakan Pengarah Pusat Mata & LASIK di Pusat Perubatan Prince Court. Beliau bukan sahaja bertugas sebagai seorang pakar bedah mata tetapi juga terkenal sebagai seorang penceramah yang pernah muncul di astro oasis.

Saturday, January 26, 2013

Getting Things Done


Salam sejahtera, dah lame betul saya tak update blog ni. Saya selalu tengok blog orang lain tapi blog sendiri diabaikan. Saya sekarang cube untuk menghidupkan blog saya ni. Niat saya update tentang ulasan buku cume sekadar ingin berkongsi isi dalam buku tersebut. Bukan nak katakan yang saya ni, ulat buku tetapi tak tahu lah sejak semenjak ni saya mula minat membaca. Sampaikan tak sempat nak habiskan baca buku tu dah beli buku lain pulak. Tapi tak ape lah, buku ni berguna dan boleh jadikan sebagai aset kita. Dan sebagai rekod saya sendiri, dalam masa setahun berapa banyak buku atau majalah yang dah habis baca.

Baiklah, untuk entri ulusan buku yang pertama. Saya nak kongsi tentang buku yang bertajuk "Secret Getting Things Done" yang ditulis oleh Rus Slater. Untuk pengetahuan semua, saya dah lama jugak beli buku ni iaitu pada 31.03.2012. Tapi baru hari ni (26.01.2013) saya habis baca. Hehe...

Tuesday, June 26, 2012

BEIJING,CHINA - APRIL 2012

Salam sejahtera, kali ni nak kongsi cerita trip aku ke beijing & tianjin, china. Sebenarnye trip tu bulan 18.April.2012 tapi sekarang baru ade mood nak tulis.

Buat pertama kalinye dalam sejarah aku pergi berdua sahaja ke negara yang begitu asing buat kitaorang. Berbekalkan ilmu, keyakinan dan tawakal akhirnya kitaorang selamat pergi dan balik ke tanah air.

Tepat pukul 12 tengah malam kitaorang sampai LCCT. Dapat tidur-tidur ayam jadiklah. Bukan cam mat salleh yang selamba tidur terlentang tu yea...hehe macam-macam gaya ade.

Pukul 8 pagi, ekpedisi duo bermula. Tanpa menggunakan sebarang travel agent, kitaorang redah bumi Tianjin dan Beijing. Selepas hampir 6 jam dalam flight, akhirnya kitaorang sampai ke Airport Tianjin. Lepas 30 minit naik shuttle bas dari airport ke Tianjin Railway station, tiba lah cabaran yang besar untuk cakap ayam itik nak beli tiket Bullet Train ke Beijing South Railway Station. Lepas dapat tiket pening gak nak mencari gate ke Beijing. Nasib baik ade jugak tulisan English, kalau tidak tak sampai ler.

Tiket Shuttle Bus, harganye 15 Yuan
Tiket bullet train dari Tianjin ke Beijing, harge 55 Yuan

Monday, October 17, 2011

Kek Mentega Sultana



Salam sejahtera semua,


Hari ni saya nak kongsi resipi kek mentega. Sebenarnye kek ni tak berapa nak menjadi dari segi tekstur kek yang padat. Menurut pakar-pakar kek kat office tu mungkin kurang pukul sampai kembang masa mengadunkan mentega dan gula. Mana tak nye masa mengadun kek sambil tengok cerita Tahajud Cinta @ TV3 pukul 9 malam tu. Dengan penuh emosi mengadun kek tu lah jadik nye...hehe

Tapi nasib baik menjadi jugak lah. Rasenye tak lari...manisnya boleh tahan. Cume kurang kembang je.

Sunday, October 2, 2011

SEMESTER BARU, SEMANGAT PUN BARU



Assalamualaikum & salam sejahtera semua,


Hari ni sy nak share sedikit pengalaman belajar secara jarak jauh di OUM Shah Alam. Pada hari sabtu (01/10/2011) bermulalah kelas/tutorial yang pertama. Sepatutnye ade 3 kelas tapi satu kelas tu dibatalkan. Subjek yang paling sy cuak & meremang tengkok. Dengar nama pun dah gerun "ALGEBRA & FUNCTION". Kalo dulu ambik matematik x de lah belajar sedalam macam kene ambik subjek khusus macam nie. Ya Allah kuatkan lah iman ku....


Pakar motivasi pernah menyatakan "where's there a will, there's a way" atau dalam bahasa melayu hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Jadik sy nak dapat keputusan periksa yang cemerlang jadi kenelah belajar untuk jadik tabah dan belajar bersungguh-sungguh.


"Study hard & study smart"


Okey sampai sini dulu.



Sekian, terima kasih.

Monday, September 26, 2011

Mari Bersenam


Assalamualaikum,


Wah dah lame betul saya x update blog nie.. Nasib baik tak di 'block'. Anyway, saya nak mengajak kawan-kawan semua untuk memulakan gaya hidup sihat. Bagi yang dah 'Pro' dalam bersenam ni, saya tabik. Keep up the good work.

Bagi yang duduk dekat klang nie, Jom sama-sama kite bersenam. Destinasi kat Taman Rakyat, Andalas je. Atau kalau ade tempat lagi best boleh dipertimbangkan. Asalkan tak makan masa sejam nak pergi & balik, nanti bersenam entah ke mana berjalan je lebih...hehe.


Gambar dengan teman bersenam Sorfina @ Taman Rakyat, Andalas, Klang.

Okey lah sekian dulu dari saya.

Bye, jumpa lagi di posting yang seterusnya.