Pages

Tuesday, June 26, 2012

BEIJING,CHINA - APRIL 2012

Salam sejahtera, kali ni nak kongsi cerita trip aku ke beijing & tianjin, china. Sebenarnye trip tu bulan 18.April.2012 tapi sekarang baru ade mood nak tulis.

Buat pertama kalinye dalam sejarah aku pergi berdua sahaja ke negara yang begitu asing buat kitaorang. Berbekalkan ilmu, keyakinan dan tawakal akhirnya kitaorang selamat pergi dan balik ke tanah air.

Tepat pukul 12 tengah malam kitaorang sampai LCCT. Dapat tidur-tidur ayam jadiklah. Bukan cam mat salleh yang selamba tidur terlentang tu yea...hehe macam-macam gaya ade.

Pukul 8 pagi, ekpedisi duo bermula. Tanpa menggunakan sebarang travel agent, kitaorang redah bumi Tianjin dan Beijing. Selepas hampir 6 jam dalam flight, akhirnya kitaorang sampai ke Airport Tianjin. Lepas 30 minit naik shuttle bas dari airport ke Tianjin Railway station, tiba lah cabaran yang besar untuk cakap ayam itik nak beli tiket Bullet Train ke Beijing South Railway Station. Lepas dapat tiket pening gak nak mencari gate ke Beijing. Nasib baik ade jugak tulisan English, kalau tidak tak sampai ler.

Tiket Shuttle Bus, harganye 15 Yuan
Tiket bullet train dari Tianjin ke Beijing, harge 55 Yuan

Masa beli tiket bullet train tu, kaunter operator akan mintak passport untuk tulis kat tiket mungkin supaya tak ade kes kecurian tiket.

Jom layan gambar.
Baru je sampai Airport Tianjin pukul 2 petang waktu tempatan.


Selesai urusan imigresen di tingkat satu, kitaorang kene turun guna eskelator dan lalu departure hall. Waktu tu kitaorang tak ade baggage, jadi kitaorang terus cari shuttle bus. Senang je nak jumpa, lepas lalu departure hall tu jalan terus lepas tu sebelah kiri dah nampak bas.

Model tengah berposing kat depan shuttle bas. hehe

Keadaan dalam shuttle bus yang penuh dengan penumpang AA tadi.

Bangunan Tianjin Railway Station (East)

Beratur nak beli tiket bullet train ke Beijing. Kat notis board tu tulisan cina sokmo.

Ruang menunggu kat tingkat atas bangunan sebelum pergi ke gate.

Time to ride bullet train. Best!!!

Sempat snap photo nombor coach 3, second class tapi exclusive wo.

Lepas turun bullet train, kene beli tiket sub way. Mula-mula dia bagi one way tiket, tapi lepas kak amar tunjuk gambar dan cakap english 2,3 kali baru orang kaunter tiket tu faham.

Alternatif lain beli tiket subway, sebenarnye senang tapi bagi first timer nie tak tau gune.

Kad subway ni harganye 50 Yuan tapi isinye 30 Yuan.

Sebelum sampai ke hotel kene naik turun subway sebanyak 3 station. Sebelum naik subway, tulis plan atas peta subway amat lah penting!!! Nasib baik kak amar buat.
Peta yang banyak berjasa sepanjang trip ke sane.
Kitaorang yang rendah atau jorang yang tinggi? Sebenarnye kebanyakkan orang cina ini tinggi-tinggi. Tu yang tertangkap gambar kepala tu. Hehe

Dari Beijing Railway Station ke hotel, kitaorang kene naik 3 train yang berlainan. Setiap train ade tema yang berlainan. Hijau tandanye dah berhenti tempat tu, merah tandanye belum. Sistematik kan? Senang nak faham.
Setelah penat lelah berjalan, naik turun tangga, berhimpit-himpit dalam train akhirnye sampai jugak ke station Dongsi. Di mana kat sini lah station yang paling dekat dengan hotel kitaorang iaitu Hostel 161.

Alhamdulillah waktu kitaorang sampai ke hotel pukul 7.15, dah masuk waktu maghrib. Hampir 5 minit berjalan ke hotel dari station subway.

Lepas check in hotel, bersihkan badan dan berehat sebentar. Nak solat tapi tak tau arah kiblat?
Masing-masing meneka. Akhirnya kak amar cadangkan solat di ruang antara dua katil. Rupanye betul tekaan kak amar, setelah kitaorang melawat di surau dekat dengan hotel. Alhamdulillah. Lepas jalan-jalan cari makan, masing-masing pun Zzzzzzz....

Keesokan hari ade perjalanan yang lebih mencabar. Nanti aku kongsi yea.

Till then wasalam.

No comments:

Post a Comment