Pages

Tuesday, January 29, 2013

Padanya Ada Hikmah

Salam sejahtera semua, untuk entri kali ni saya nak kongsi tentang buku yang baru saya habis baca yang sedikit sebanyak memberikan motivasi kepada pembacanya. Buku ni ditulis oleh saudara Bahruddin Bekri melalui pengalaman Profesor Dr.Muhaya. Bagi yang belum kenal siapa Prof. Dr. Muhaya sebelum ini, beliau merupakan Pengarah Pusat Mata & LASIK di Pusat Perubatan Prince Court. Beliau bukan sahaja bertugas sebagai seorang pakar bedah mata tetapi juga terkenal sebagai seorang penceramah yang pernah muncul di astro oasis.


Buku ni ditulis dalam bentuk cerpen iaitu cerita pendek yang agak santai tetapi mempunyai pengajaran dalam setiap cerita. Ada 35 cerita dalam buku ni, semua cerita berlaku di hospital. Ada beberapa watak yang bercerita seperti tukang cuci, security guard, pemilik kafe, nurse, pemandu teksi, doktor dan pesakit.
Cerita yang paling panjang pun dalam 5 mukasurat. Jadi tak jemu nak bace setiap cerita tu, sebab tajuk setiap cerita tu lain-lain dan ade hikmahnye. Sama jugak dengan diri kita, kadang kita rase tertekan dengan apa yang kita lalui. Kita rase marah, kecewa dan semua perasaan yang buruk datang. Tapi sebenarnya ade hikmah yang kita tak tahu dan kita tak nampak. Jadi saya berharap bile kita bace buku ni, fikiran dan hati kita akan lebih positif dan lebih tenang. Saya saje letak gambar cerita no. 19 ni, saya rase cerita ni macam kelakar pun ade sebab bende tu lah yang pernah saya katakan sebelum ni. Kalau nak tahu lebih lanjut, bace lah buku ni. Tak rugi.

Ok, saya nak kongsi sikit ayat dalam buku ni. Yang selame ni mungkin kite tak terfikir kepada Tuhan beri kita sakit? "Sebenarnya, sakit itu memberikan kita amaran awal, bahawa kita perlu lebih beramal. Sakit itu pencuci dosa-dosa kita yang lalu, sakit itu adalah cara kita semakin mendekatkan diri dengan Allah, tetapi kita perlu ubah dahulu persepsi kita berkenaan sakit itu. Sekiranya terus melihat sakit sebagai sesuatu yang tidak kena-mengena dengan peringatan Allah, selagi itulah kita tanpa sedar terus menyalahkan Allah."

Baiklah, jika ade yang dah bace buku ni. Boleh kita sama-sama berkongsi. Dan bagi yang berminat nak beli buku ni, boleh beli kat kedai buku yang terpilih. Saya beli buku ni mase ade pesta buku kat Ole-ole Seksyen 18,Shah Alam 26.12.2012. Harge asalnya RM 13 tapi mase pesta buku tu ade diskaun 15% jadi saya dapat beli RM 11.05.

Sekian, enjoy reading.

No comments:

Post a Comment