Pages

Tuesday, June 26, 2012

BEIJING,CHINA - APRIL 2012

Salam sejahtera, kali ni nak kongsi cerita trip aku ke beijing & tianjin, china. Sebenarnye trip tu bulan 18.April.2012 tapi sekarang baru ade mood nak tulis.

Buat pertama kalinye dalam sejarah aku pergi berdua sahaja ke negara yang begitu asing buat kitaorang. Berbekalkan ilmu, keyakinan dan tawakal akhirnya kitaorang selamat pergi dan balik ke tanah air.

Tepat pukul 12 tengah malam kitaorang sampai LCCT. Dapat tidur-tidur ayam jadiklah. Bukan cam mat salleh yang selamba tidur terlentang tu yea...hehe macam-macam gaya ade.

Pukul 8 pagi, ekpedisi duo bermula. Tanpa menggunakan sebarang travel agent, kitaorang redah bumi Tianjin dan Beijing. Selepas hampir 6 jam dalam flight, akhirnya kitaorang sampai ke Airport Tianjin. Lepas 30 minit naik shuttle bas dari airport ke Tianjin Railway station, tiba lah cabaran yang besar untuk cakap ayam itik nak beli tiket Bullet Train ke Beijing South Railway Station. Lepas dapat tiket pening gak nak mencari gate ke Beijing. Nasib baik ade jugak tulisan English, kalau tidak tak sampai ler.

Tiket Shuttle Bus, harganye 15 Yuan
Tiket bullet train dari Tianjin ke Beijing, harge 55 Yuan