Pages

Saturday, February 16, 2013

Jalan-jalan ke Teluk Batik,Perak

Salam sejahtera semua, hari ni saya nak kongsi cerita waktu saya bercuti ke Teluk Batik dengan kakak, adik dan anak buah pada 9 hingga 11.Februari.2013 waktu cuti Tahun Baru Cina hari tu. Saya bersyukur kerana sepanjang perjalanan dan percutian tak ade perkara buruk yang berlaku. Alhamdulillah.
Saya tinggal di Shah Alam, bertolak dari shah alam pukul 10.30 malam sampai ke Parit, Perak pukul 2.30 pagi. Bermalam sekejap kat Parit,Perak rumah mak mertua kakak saya. Kami bertolak malam sebab untuk elak dari kesesakan lalu lintas. Perjalanan berjalan lancar, tak ade jem jadi kakak saya pecut laju. Saya yang terkontang kanting mengejar dia. Tambah lagi saya tak pernah drive sampai ke perak.Takut tertinggal nanti.

Tuesday, January 29, 2013

Padanya Ada Hikmah

Salam sejahtera semua, untuk entri kali ni saya nak kongsi tentang buku yang baru saya habis baca yang sedikit sebanyak memberikan motivasi kepada pembacanya. Buku ni ditulis oleh saudara Bahruddin Bekri melalui pengalaman Profesor Dr.Muhaya. Bagi yang belum kenal siapa Prof. Dr. Muhaya sebelum ini, beliau merupakan Pengarah Pusat Mata & LASIK di Pusat Perubatan Prince Court. Beliau bukan sahaja bertugas sebagai seorang pakar bedah mata tetapi juga terkenal sebagai seorang penceramah yang pernah muncul di astro oasis.

Saturday, January 26, 2013

Getting Things Done


Salam sejahtera, dah lame betul saya tak update blog ni. Saya selalu tengok blog orang lain tapi blog sendiri diabaikan. Saya sekarang cube untuk menghidupkan blog saya ni. Niat saya update tentang ulasan buku cume sekadar ingin berkongsi isi dalam buku tersebut. Bukan nak katakan yang saya ni, ulat buku tetapi tak tahu lah sejak semenjak ni saya mula minat membaca. Sampaikan tak sempat nak habiskan baca buku tu dah beli buku lain pulak. Tapi tak ape lah, buku ni berguna dan boleh jadikan sebagai aset kita. Dan sebagai rekod saya sendiri, dalam masa setahun berapa banyak buku atau majalah yang dah habis baca.

Baiklah, untuk entri ulusan buku yang pertama. Saya nak kongsi tentang buku yang bertajuk "Secret Getting Things Done" yang ditulis oleh Rus Slater. Untuk pengetahuan semua, saya dah lama jugak beli buku ni iaitu pada 31.03.2012. Tapi baru hari ni (26.01.2013) saya habis baca. Hehe...