Pages

Saturday, February 16, 2013

Jalan-jalan ke Teluk Batik,Perak

Salam sejahtera semua, hari ni saya nak kongsi cerita waktu saya bercuti ke Teluk Batik dengan kakak, adik dan anak buah pada 9 hingga 11.Februari.2013 waktu cuti Tahun Baru Cina hari tu. Saya bersyukur kerana sepanjang perjalanan dan percutian tak ade perkara buruk yang berlaku. Alhamdulillah.
Saya tinggal di Shah Alam, bertolak dari shah alam pukul 10.30 malam sampai ke Parit, Perak pukul 2.30 pagi. Bermalam sekejap kat Parit,Perak rumah mak mertua kakak saya. Kami bertolak malam sebab untuk elak dari kesesakan lalu lintas. Perjalanan berjalan lancar, tak ade jem jadi kakak saya pecut laju. Saya yang terkontang kanting mengejar dia. Tambah lagi saya tak pernah drive sampai ke perak.Takut tertinggal nanti.


Bertolak dari Parit pukul 10.30 pagi sampai Teluk Batik dalam 11.30 pagi. Sampai Teluk Batik kami terus cari chalet kami iaitu Chalet Kenangan Pak Man. Tapi masih tak boleh masuk lagi sebab ade pengunjung yang belum check out.

Jadi lepas kakak saya check in dan sementara tunggu waktu check in pukul 1 petang. Kami jalan-jalan dulu kat dataran teluk batik, makan, bergambar dan shopping cenderahati sikit.





Rambang mata dibuat nye. Kalau bawak duit seguni pun tak cukup. Kene kuatkan iman. Hehe


Ni lah hasil tangkapan saya. hehe...Dapat beli fridge magnet, key chain dan tshirt sikit pun jadi lah.

Menu makanan tengahari - Nasi goreng ayam dan air limau ais versi Teluk Batik, Perak.

Tengah jalan-jalan, terjumpa dua buah rumah antik kat tengah dataran Teluk Batik ni tapi sayang tak di selenggara dengan baik. dan tak ade orang duduk pun. Mungkin kah muzium? Entah lah tapi tak boleh masuk. Kite tangkap gambar je lah.


Waktu dah masuk pukul 1 petang, anak buah saya pun dah merenggek nak mandi pantai. Cuaca sangat ceria, cerah dan panas. Jadi kami pun masuk ke chalet dulu.


Kakak saya tengah sibuk bercakap dengan mak. Depan chalet kami ni, ade tempat duduk. Jadi orang awam boleh berehat kat situ.

Adik saya sibuk masukkan barang, saya sibuk menangkap gambar. Hehe...


Ruang luas yang menempatkan ruang tamu, dapur dan tandas yang berada di depan pintu.



Bilik tidur pertama yang beraircond, satu katil single, satu katil size queen dan almari baju.

Bilik tidur kedua yang beraircond tapi aircond ni tak fungsi dengan baik. Satu katil size queen, almari baju dan almari cermin.

Chalet kami betul-betul di depan laut. Redup dengan pokok besar yang menjadi rumah burung-burung.

Verandah chalet sesuai untuk berehat sebab ade pokok besar yang tedup.

Masa untuk terjun ke laut. Adik saya, Fahmi dan anak buah saya, Mighis mandi laut dengan cerianye.

Pemandangan di Teluk Batik yang ramai dengan pengunjung yang mandi-manda dan berkelah di tepi pantai.

Kami naik boat persiaran di hadapan pondok pengawal pantai. Harga untuk naik boat persiaran bagi dewasa RM 5.00 seorang dan bagi kanak-kanak RM 3.00 seorang.

Sempadan Pulau Pangkor. Mungkin lain kali kami dapat pergi ke Pulau Pangkor pulak.

Banana boat. Adik saya ajak naik tapi saya tak nak gerun lah.

Makan malam kami, barbeque ayam panggang dan sosej. Pengalaman pertama saya dan adik menyalakan api. Saya terpaksa menuntut ilmu dengan penjaja ayam panggang madu sambil mintak sikit minyak masak dan kotak telur yang abang tu bagi percuma, baik abang tu tak kedekut ilmu. Lepas ni saya nak tajamkan skill memanggang ni. Hehe..senang lain kali nak berkelah tak de lah kelam kabut.

Dan dengan ni lah gambar terakhir yang sempat saya tangkap sebelum habis riwayat kamera saya. Sayang jugak dengan kamera ni, tak sampai dua tahun saya guna. Kemungkinan sebab kamera saya rosak sebab terkena percikan air laut waktu saya bergambar naik boat.

Waktu malam (10.02.2013) kami berjalan-jalan di AEON Seri Manjung.

Bersiar-siar di tepi pantai, sambil menghirup udara waktu malam.

HARI KEDUA (11.02.2013)

Pada hari kedua, sebelum bertolak balik kami mandi laut lagi.


Amir yang comel. Budak ni pandai berposing. Macam-macam gaya ade.


Lepas check out pukul 12 tengah hari, kami singgah makan di Mr.Cendol Manjung yang bersebelahan dengan stesen minyak ESSO.


Mee rojak dan cendol Mr.Cendol.


Lepas makan, singgah sekejap ke Taman Paya Bakau yang berdekatan dengan restoran Mr.Cendol.

Taman ni penuh dengan monyet, kalau bawak makanan atau air botol terus monyet ni nak mintak. Monyet ni bebas bergerak jadi hati-hati kalau nak datang sini. Dan bawak lah makanan sikit.


Lepas Manjung, kami bertolak ke Batu Gajah untuk tengok Kellie's Castle.

Habis bersiar-siar di Kellie's Castle kami bertolak balik ke Parit, Perak.

Bergambar di atas jambatan Parit. Penghubung di antara bandar Parit dan kampung seberang.

Malam itu juga pukul 9, kami bertolak balik ke Shah Alam. Perjalanan berjalan lancar cuma terdapat sedikit kesesakan. Kami selamat sampai ke rumah pukul 12.30 malam.


Satu percutian yang menyeronokkan. Percutian ini adalah yang pertama kami adik beradik tanpa mak.


Terima kasih sebab sudi singgah dan baca entri saya ni.



Sekian.

No comments:

Post a Comment