Pages

Sunday, January 23, 2011

Drama Ayoub


Assalammualaikum,


Dah lame saya tak tulis dalam blog ni. Dah bersarang labah-labah dah rasenye...hehe. Anyway hari ni saya nak cerita pasal Drama Bersiri slot Samarinda (Ayoub) yang disiarkan kat TV3.Drama ni baru je habis minggu lepas (20.01.2011) saya tak miss kan peluang nak tengok last episod dia yang begitu menyentuh jiwa dan memberi keinsafan. Ianya lebih kepada mengingati kisah Nabi Ayoub yang mempunyai kesabaran yang cukup tinggi. Bagi yang mengikuti drama ni Alhamdulillah sebab drama ni banyak sampaikan mesej-mesej yang berguna. Tapi kalau yang belum atau ade termiss beberapa episod tu boleh lah tengok kat http://www.tonton.com/ hehe siap promote laman web dia.


Drama ni mengisahkan seorang lelaki bernama Ayoub. Dia telah melalui satu roda kehidupan yang cukup mencabar. Tapi dia berjaya harungi semua tu dengan kesabaran dan keimanan yang kuat walaupun dia pernah dihasut oleh godaan syaitan dan manusia. Allah menguji keimanan dan kesabarannya dengan ujian yang cukup besar. Saya teringat sebuah hadis menyebut bahawa "Allah tidak akan menguji seorang hamba melainkan dengan ujian yang mampu dipikul". SubhanaAllah...ianya menunjukkan setahap mana kasih sayang kita kepadaNya.


Berbalik kepada drama Ayoub, saya ucapkan syabas dan terima kasih kepada kesemua krew dan pelakon kerana menghasilkan sebuah drama yang begitu bermakna. Dan banyak beri pengajaran kepada masyarakat. Drama ni membuatkan saya tertarik untuk mengetahui kisah-kisah nabi yang lain. Akhir kata, semoga para pencinta dan penghasil drama atau filem tempatan dapat menghasilkan lebih banyak karya yang berunsur kerohanian. Wassalam.
"Sedekah dengan ikhlas itu salah satu cara menyuci jiwa dan harta kita"