Salam sejahtera semua, hari ni saya nak kongsi cerita waktu saya bercuti ke Teluk Batik dengan kakak, adik dan anak buah pada 9 hingga 11.Februari.2013 waktu cuti Tahun Baru Cina hari tu. Saya bersyukur kerana sepanjang perjalanan dan percutian tak ade perkara buruk yang berlaku. Alhamdulillah.
Saya tinggal di Shah Alam, bertolak dari shah alam pukul 10.30 malam sampai ke Parit, Perak pukul 2.30 pagi. Bermalam sekejap kat Parit,Perak rumah mak mertua kakak saya. Kami bertolak malam sebab untuk elak dari kesesakan lalu lintas. Perjalanan berjalan lancar, tak ade jem jadi kakak saya pecut laju. Saya yang terkontang kanting mengejar dia. Tambah lagi saya tak pernah drive sampai ke perak.Takut tertinggal nanti.
Saturday, February 16, 2013
Tuesday, January 29, 2013
Padanya Ada Hikmah
Salam sejahtera semua, untuk entri kali ni saya nak kongsi tentang buku yang baru saya habis baca yang sedikit sebanyak memberikan motivasi kepada pembacanya. Buku ni ditulis oleh saudara Bahruddin Bekri melalui pengalaman Profesor Dr.Muhaya. Bagi yang belum kenal siapa Prof. Dr. Muhaya sebelum ini, beliau merupakan Pengarah Pusat Mata & LASIK di Pusat Perubatan Prince Court. Beliau bukan sahaja bertugas sebagai seorang pakar bedah mata tetapi juga terkenal sebagai seorang penceramah yang pernah muncul di astro oasis.
Subscribe to:
Posts (Atom)